anak melayu kita


Dhaimirah & Hisyam
3M2






anak melayu kami

atikah & ati'qah
asriani & taqiuddin
fatin M2 & hajarah
haziq & raimi
hafizah & saliha
irwan & naim
lubna & faezah
natasha & fazlinda
nazira & fatin M3
radiyah & sharitta
zawani & suzliyanee
nazifi & khazin
afiq & hafiz
ain & afira
alim & ridzwan
solha & shufiah
fathin & sabirah
shafiqah & yani & marhamah



bahasa melayu

gunakan nama betul dan tidak perlu gunakan bahasa kasar disini







Hiburan





Terima Kasih

Idea: Hisyam & Dhaimirah
Gambar: dumb.photography™ [Dhaimirah]
Blogskin: Dhaimirah




Thursday, July 24, 2008

Gambar - gambar congkak

















terima kasih kerana membaca !

6:40 PM



Peraturan permainan tradisional Congkak




Pertama, dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Kedua, gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

Ketiga, pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Keempat, sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.




terima kasih kerana membaca !

6:25 PM



Mengekalkan permainan tradisional ; Congkak




Congkak dapat dikekalkan pada zaman kini dengan pelbagai cara. Kita harus rajin - rajinlah memain permainan tradisional seperti congkak untuk membiasakan diri memain permainan tradisional.
Kita, sebagai seorang remaja haruslah melayakkan diri bermain permainan tradisional, seperti congkak, gasing, batu seremban dan sebagainya untuk membawa perhatian kepada masyarakat kini.
Sebagai contoh, pelajar - pelajar remaja di sekolah menengah boleh menganjurkan pertandingan mengenai permainan tradisional untuk membawa perhatian kepada pelajar - pelajar sekolah.
Jikalau, di luar sekolah, orang - orang sukarelawan boleh menganjurkan fiesta dan juga pertandingan tentang permainan tradisional. Di samping ini, kita juga boleh membawa menarik perhatian kaum lain untuk memainkan permainan tradisional budaya melayu.
Daripada segi antarabangsa, pertandingan - pertandingan antara negeri - negeri jiran seperti, Singapura, Indonesia, Malaysia dan juga Brunei Darussalam boleh menganjurkan pertandingan untuk mengekalkan permainan tradisional.
Dengan pelbagai cara, permainan tradisional pasti akan dikekalkan pada zaman kini.
Jadi, marilah kita bersama - sama menyibukkan diri untuk memain permainan tradisional!




terima kasih kerana membaca !

6:01 PM

Wednesday, July 23, 2008

Cara membuat congkak




Congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.

Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.
Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.

Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.
Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.




terima kasih kerana membaca !

4:43 AM

Wednesday, July 16, 2008

Filem Congkak




Filem Congkak

Filem Congkak ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak kecil yang bernama Sufiah, yang sering pergi ke satu bilik gelap di tingkat bawah rumah pangsa mereka untuk bermain congkak bersama nenek tua yang hanya boleh dilihat olehnya.

Filem ini jugak berkaitan dengan topik kita iaitu, congkak. Congkak ini permainan yang unik dan boleh dikatakan popular di kalangan kaum-kaum lain juga. Mungkin hanya peraturannya berbeza. Sekarang, reka bentuk congkak juga sudah berubah. Ia kelihatan lebih moden dan corak-coraknya sudah berbeza. Peredaran zaman juga telah membuat kita lupa tentang tradisi kita ini. Ia sudah jadi tanggung jawab orang yang lebih mahir dalam perkara-perkara seperti ini untuk menurunkan tradisi dan mengajar golongan muda tentang budaya melayu. Golongan muda ini juga perlu ada sifat 'ingin belajar' supaya budaya melayu in tidak akan luput begitu sahaja.

Filem Congkak ini juga ada menunjukkan babak-babak dimana bapanya mengajar anak perempuannya tentang cara-cara bermain congkak. Anaknya yang tidak tahu apa-apa tentang permainan ini, ingin belajar bagaimana untuk bermainnya. Justeru, ia juga mengeratkan hubungan antara bapa dan anak seperti dikatakan oleh saya di entri sebelumnya. Jadi tidak dinafikan lagi bahawa permainan congkak ini satu permainan yang tidak akan menjemukan dan tidak membuang masa.

Jadi pembaca-pembaca sekalian, apa lagi yang ditunggu-tunggu? Cuba permainan congkak ini jikalau anda tidak pernah mencubanya dan bagi mereka yang pernah mencubanya, jangan berhenti bermain congkak! (:

oleh: Dhaimirah





terima kasih kerana membaca !

7:14 AM

Monday, July 14, 2008

Latar Belakang Congkak




Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika dan Arab, bergantung kepada teori yang kami percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang - pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama Congklak, di Filipina, Sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.
Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.
Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet segalanya tentang permainan tradisional congkak.




terima kasih kerana membaca !

3:52 AM

Friday, July 11, 2008

Congkak permainan tradisional yang menarik!




Salam sejahtera. Pada pendapat saya, congkak ialah suatu permainan tradisional yang sungguh menarik. Walaupun permainan ini diperkenalkan pada zaman nenek moyang kita, ia masih kekal pada masa kini. Permainan ini boleh mengeratken tali hubungan antara keluarga dan juga kawan - kawan. Sebagai contoh, rakan saya, Dhaimirah, dia sering bermain permainan congkak bersama neneknya pada masa lapang. Dengan secara langsung, ia merapatkan hubugan antara mereka. Ada juga permainan - permainan yang lain yang boleh dimainkan secara berpasangan dan juga berkumpulan, tetapi, permainan congkak yang senang didapati di kalangan rumah orang melayu. Ia senang didapati di banyak rumah orang melayu kerana ia senang dibeli di mana - mana sahaja sekarang. Di samping itu, orang melayu gemar membeli congkak sebagai perhiasan untuk menghias rumah mereka pada musim perayaan. Dengan ini, kita haruslah merajinkan diri untuk bermain permainan tradisional seperti, congkak, kerana permainan begini akan memanfaatkan diri kita.

oleh: Hisyam




terima kasih kerana membaca !

5:23 AM



Congkak permainan tradisional kegemaran saya.




Dhaimirah sedang bermain congkak.

Saya suka bermain congkak bersama nenek saya pada masa lapang. Ia dapat melapangkan minda dan tidak memberikan saya sebarang tekanan. Kami harus berfikir dengan betul sebelum memilih rumah mana yang harus kita jalan. Kalau tersilap langkah, kita akan kehilangan banyak guli.

Saya mempunyai congkak di rumah dan ia suda usang. Walaubagaimanapun, corak nya yang unik masih tetap bole dilihat.

ini gambar-gambarnya :




oleh: Dhaimirah




terima kasih kerana membaca !

3:50 AM

Wednesday, July 9, 2008

Cara-cara bermain Congkak




Salam sejahtera!
Ini adalah cara-caranya untuk bermain congkak yg terkenal di kalangan masyarakat Melayu.

Pada awal permainan kesemua lubang itu, kecuali dua lubang di hujungnya diisikan jumlah buah yang sama banyak. Kedua-dua pemain akan memulakan permainan atau 'berjalan' serentak. Pemain-pemain boleh mengambil buah-buah dari mana-mana rumah di dalam kampungnya. Pemain "berjalan" mengikut putaran jam. Dia menjatuhkan sebiji buah ke dalam setiap rumah. Sebiji buah diisikan ke dalam rumah besar di hujung papan congkak.

Permain-pemain akan terus "berjalan" ke kawasan lawannya. Rumah lawannya di hujung papan congkak tidak perlu diisikan. Pemain terpaksa berhenti ketika buah terakhirnya masuk ke dalam rumah yang kosong. Lawannya akan terus "berjalan" sehingga dia juga mengalami keadaan yang sama. Pemain tadi boleh terus berjalan setelah lawannya "mati" atau buah terakhir sampai ke lubang kosong.

Sekiranya pemain berhenti di kampung sendiri dan terdapat buah di rumah lawannya dia dikatakan melakukan "tembak' atau "tikam". Buah-buah di dalam rumah lawannya itu boleh dirampas.

Dalam pusingan berikutnya pemain-pemain mungkin kehilangan rumah kerana tidak cukup buah untuk diisikan. Lubang itu dikatakan "terbakar" dan ditutup untuk sementara waktu.

Permainan ini akan berterusan sehingga semua rumah di dalam kapung salah seorang pemain terbakar. Kedudukan ini dinamakan jadi "abu".

Pemain-pemain yang cekap akan mengambil masa yang lama untuk mengalahkan antara satu dengan yang lain. Pemain-pemain berkemampuan memulihkan rumah-rumahnya yang "terbakar" dalam pusingan-pusingan seterusnya.

Permainan ini bukan sahaja menjadi permainan untuk mengisi masa lapang tetapi dapat melatih pemain-pemain berfikir dan mencongak dengan pantas. Pendidik-pendidik pada hari ini menganggapnya sangat berguna untuk membantu perkembangan pemikiran kanak-kanak. Permaianan ini digalakkan untuk digunakan sebagai alat bantuan mengajar dalam pelajaran Matematik.

diambil dari : http://www.cybermelayu.com/newriang/budaya/BUDAYA_38/index.htm




terima kasih kerana membaca !

6:03 AM

Monday, July 7, 2008

Congkak





Congkak ialah sejenis permainan tradisional melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjungnya dipanggil sebagai jongkok.


Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir dengan bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran melayu. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak.




terima kasih kerana membaca !

4:38 AM

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com